KEJANG OTOT DAN SAKIT KAKI

malam tadi saket kaki.. grr.. sian kakak asek kene berjaga menolak kaki ni.. huhuhu.. so ni tips utk diri sendri dan org laen. x yah nak carik tempat laen. hehehe..

KEJANG OTOT

Pada amnya, apabila kejang otot berlaku, anda akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk dengan mengejut terutamanya di bahagian kaki. Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh. Kesakitan akibat kejang otot yang berterusan di bahagian bawah abdomen boleh juga berlaku akibat sakit belakang atau ketika datang haid.

Penyebab kejang otot

  • Kelesuan otot
  • Bersenam berlebihan tanpa melakukan persediaan yang cukup
  • Kehilangan cecair badan yang banyak
  • Paras glukosa yang rendah dalam badan atau ketidakseimbangan elektrolit
  • Ketidakseimbangan hormon disebabkan penyakit diabetes atau masalah tiroid menyebabkan kekurangan bekalan oksigen darah ke otot.
  • Mengandung

Pencegahan kejang otot

  • Lebihkan meminum air dan cecair lain
  • Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti. Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink boleh mencegah kecederaan dan kejang otot.
  • Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.
  • Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutamanya sebelum tidur.
  • Berjumpalah doktor jika..
    • Kejang otot semakin teruk dan berterusan (lebih dari sejam) dan berlaku berulang-ulang atau terjadi tanpa sebab atau tidak hilang selepas melakukan regangan.
    • Berlaku sentakan otot yang berpanjangan yang tidak diketahui sebabnya.
    • Berlakunya kekejangan di bahagian dada atau di lengan. Ini mungkin menandakan sesuatu yang lebih serius telah berlaku pada jantung atau dalam abdomen. Berjumpalah doktor segera.


    SAKIT KAKI

    Penyebab

    • Kekejangan otot akibat kelesuan, ketegangan atau kecederaan
    • Vena bermasalah-saluran darah yang membawa darah balik dari kaki ke jantung)
    • Arteri berpenyakit-(saluran darah yang membawa darah ke otot kaki)
    • Kerosakan pada saraf-lazimnya berlaku di kalangan mereka yang menghidap diabetes, perokok dan peminum alkohol. Timbulnya kesakitan dan kelemahan di sebelah atau di kedua-dua belah kaki.
    • Jika berlakunya kesakitan yang diikuti oleh rasa kebas dan rasa menyucuk-nyucuk seolah-olah terkena pin-pin kecil dan ianya menjalar dari bahagian pinggang atau punggung turun ke kaki, kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah belakang anda.

Catatan: Kemungkinan terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan sakit kaki. Lagi pun penyebab-penyebabnya berbeza-beza bergantung kepada umur dan jantina seseorang itu dan juga ciri-ciri tertentu gejala tersebut seperti tempat atau bahagian yang terlibat, kuantiti dan jangka masa, faktor-faktor yang memburukkannya, faktor-faktor yang melegakannya serta aduan atau keluhan yang dinyatakan oleh pesakit.

Pengurusan Sendiri

  • Bagi sakit kaki yang tidak bersebab yang berlaku kurang dari seminggu, anda perlu berehat secukupnya. Angkat kaki anda sedikit bila berbaring dan dapatkan ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli di mana-mana kedai farmasi. Kemudian urut perlahan-lahan
  • Tuam atau rendam kaki anda dalam air panas/suam ataupun sejuk. Ia boleh membantu melegakan keadaan.
  • Sakit kaki yang disebabkan oleh masalah arteri lebih mudah diatasi dengan bantuan tarikan graviti secara membiarkan kaki tergantung ke bawah.
  • Bagi sakit kaki yang disebabkan oleh masalah saraf, anda perlu mengawal diabetes anda. Berhenti meminum alkohol jika anda seorang peminum. Berhenti merokok jika anda seorang perokok. Jangan memakai kasut terlalu ketat.
  • Berjumpalah doktor jika sakit kaki anda berterusan dan menjadi semakin teruk.
  • Biasanya, rawatan bergantung kepada penyebabnya. Ubat-ubatan yang diberi termasuklah ubat penghilang kesakitan, ubat antikeradangan dan lain-lain. Berjumpa dan berbincanglah dengan doktor

info sihat ini brought to you by http://www.infosihat.gov.my  :) 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: